Rabu, 21 September 2022

Baling gangguan minyak sawit

Gempar seluruh daerah Baling sebab penduduk sukar untuk memperolehi bekalan minyak sawit jenis paket. Ramai peniaga merungut bekalan minyak habis tidak dapat menjual kerana stok yang dihantar oleh pembekal terlampau sikit menyebabkan ramai penduduk mendakwa terpaksa menggunakan minyak sawit jenis botol. Kos sara hidup yang membebankan juga menyebabkan penduduk mengalami masalah untuk memasak terutama untuk membuat persiapan kenduri dan peniaga juga terjejas akibat ketiadaan bekalan minya sawit jenis paket.