Isnin, 29 Ogos 2022

Pelik LGM tiada di Baling

Menurut data Lembaga Getah Malaysia (LGM) didapati daerah Baling mempunyai penoreh getah yang pertama paling ramai dalam negeri Kedah melebihi Sungai Petani, tetapi cawangan tidak dibina di Baling malah hanya diberi kaunter bergerak.

Sepatutnya cawangan LGM dibina di Baling bukan Sungai Petani. Apalah nasib rakyat di daerah Baling sebab Malaysia punya menteri getah kurang prihatin nasib rakyat.

Penoreh getah di Baling terlampau sukar untuk berurusan dengan kaunter bergerak sebab kadang-kadang tutup tidak menentu, dan proses buat kad penoreh getah mengambil masa terlampau lama berpunca kerajaan hanya menyediakan kaunter bergerak. Sewajarnya Yang Berhormat Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin yang merupakan Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi membina cawangan pejabat LGM di Baling.

Kalau kerajaan nak bantu rakyat maka berilah dengan ikhlas tanpa menyusahkan rakyat terpaksa tunggu lama proses kad penoreh getah di kaunter bergerak kadang-kadang tutup, sehingga menyebabkan penoreh getah gagal untuk terima bantuan.