Gempar seluruh daerah Baling sebab penduduk sukar untuk memperolehi bekalan minyak sawit jenis paket. Ramai peniaga merungut bekalan minyak habis tidak dapat menjual kerana stok yang dihantar oleh pembekal terlampau sikit menyebabkan ramai penduduk mendakwa terpaksa menggunakan minyak sawit jenis botol. Kos sara hidup yang membebankan juga menyebabkan penduduk mengalami masalah untuk memasak terutama untuk membuat persiapan kenduri dan peniaga juga terjejas akibat ketiadaan bekalan minya sawit jenis paket.
Rabu, 21 September 2022
Jumaat, 2 September 2022
Jho Low di Shanghai China
Seorang bernama Jow Low atau dikenali Low Taek Jho yang diburu polis disebabkan menyeleweng duit negara melibatkan 1MDB dilihat berada di Disneyland, Shanghai China. Menurut laporan beliau sudah berada di China semenjak malam Krismas 2019. Namun tiada pengesahan dibuat berikutan ianya mirip wajah penyeleweng yang dikehendaki polis.
Khamis, 1 September 2022
Keputusan Rosmah bersalah
Setelah hampir empat tahun Datin Seri Rosmah Mansor didakwa pada 1 September 2022 untuk mendapatkan keputusan bersalah atau sebaliknya. Ianya melibatkan pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid 369 sekolah di Sarawak. Kes tersebut akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.