Isnin, 29 Ogos 2022

Pelik LGM tiada di Baling

Menurut data Lembaga Getah Malaysia (LGM) didapati daerah Baling mempunyai penoreh getah yang pertama paling ramai dalam negeri Kedah melebihi Sungai Petani, tetapi cawangan tidak dibina di Baling malah hanya diberi kaunter bergerak.

Sepatutnya cawangan LGM dibina di Baling bukan Sungai Petani. Apalah nasib rakyat di daerah Baling sebab Malaysia punya menteri getah kurang prihatin nasib rakyat.

Penoreh getah di Baling terlampau sukar untuk berurusan dengan kaunter bergerak sebab kadang-kadang tutup tidak menentu, dan proses buat kad penoreh getah mengambil masa terlampau lama berpunca kerajaan hanya menyediakan kaunter bergerak. Sewajarnya Yang Berhormat Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin yang merupakan Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi membina cawangan pejabat LGM di Baling.

Kalau kerajaan nak bantu rakyat maka berilah dengan ikhlas tanpa menyusahkan rakyat terpaksa tunggu lama proses kad penoreh getah di kaunter bergerak kadang-kadang tutup, sehingga menyebabkan penoreh getah gagal untuk terima bantuan.
 




Ahad, 14 Ogos 2022

Kupang kemalangan hadapan TM

Sekitar pada pukul 5.10 petang 13 ogos 2022 berlaku kes kemalangan jalan raya hadapan pejabat Telekom (TM) di Kampung Landak, Kupang, Baling, Kedah. Ianya melibatkan sebuah kereta dan sebuah motosikal. Informasi diterima daripada klinik dan polis berdekatan. Kemalangan menyebabkan kenderaan mengalami rosak dihantar ke bengkel dan mangsa dirawat di pejabat kesihatan.


Kemalangan hadapan TM Kupang.

Gunung Inas dibina sabo

 

Menteri Besar Kedah berkata dua empangan sabo akan dibina di kaki Gunung Inas, Baling dengan pecah tanah secepat mungkin untuk mengelak berlaku banjir kilat berulang semula seperti berlaku 4 julai 2022. Pembinaan empangan sabo bertujuan untuk memperlahankan aliran air sungai di kaki Gunung Inas sebelum memasuki kawasan kampung-kampung. Banjir kilat lumpur berlaku 4 julai 2020 meragut 3 nyawa termasuk wanita hamil dan 12 buah kampung terlibat dalam kemusnahan akibat banjir kilat lumpur tersebut.


Rupa bentuk Gunung Inas.

Sabtu, 13 Ogos 2022

Ke mana JPJ hilang

 

Lebuhraya Baling dikenali lebuhraya timur-barat kurang terkenal tetapi banyak kenderaan digunakan untuk merentas negeri dari Kelantan, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan lain-lain. Namun bunyi ekzos kenderaan yang melalui di kampung-kampung dalam kawasan mukim Kupang di lebuhraya itu, menyebabkan penduduk mengalami sukar dan masalah untuk tidur akibat ekzos lori yang terlampau bising. Jadi di mana dan apa penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang buat. Masalah orang ramai di daerah Baling dengan masalah bunyi ekzos lori-lori yang bising seolah-olah ramai pihak makan gaji buta.

 

 

Gambar contoh lori