Sabtu, 12 November 2022

BIODATA USTAZ HASSAN BIN SAAD

BIODATA USTAZ HASSAN BIN SAAD

BIODATA USTAZ HASSAN BIN SAAD 

YB Ustaz Hassan Saad adalah merupakan Ahli Parlimen bagi Baling, Kedah yang menang dalam Pilihan raya umum Malaysia 2022 lalu. Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah dan Yang di-Pertua PAS Kawasan Baling.

BIODATA USTAZ HASSAN BIN SAAD.

CALON PERIKATAN NASIONAL P16 BALING

 

BIODATA CALON
P16 BALING
USTAZ HASSAN BIN SAAD
🔸Dilahirkn pada 17.3.1957 di Kg Tanjung Kupang, Baling Kedah .
🔸Mempunyai 10 orang anak dan seorang isteri Zunaidah bt Shahabudin


🔶PENDIDIKAN
  ✅Sek Keb Syed Sheh
  ✅ Sek Men Agama Yayasan Khairiah
  ✅SM PGAS, Guar Perahu
  ✅Diploma Pendidikan Maktab Perguruan Islam 


🔶PENGALAMAN PEKERJAAN
  ✅1980-1986 SMK Tun Saban, Pengkalan Hulu, Perak
  ✅1987 SMK Siong, Baling Kedah
  ✅1988-2017 SMK Jerai, Kupang Baling Kedah 


🔶JAWATAN DALAM MASYARAKAT
  ✅Imam Masjid Azizi Kg Tanjung Kupang


🔶JAWATAN DALAM PARTI
  ✅Ahli Perhubungan PAS Negeri Kedah
  ✅YDP PAS Kawasan Baling 

🔶ANUGERAH
  ✅Anugerah Perkhidmatan Cemerlang  1998
  ✅Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013
  ✅Bintang Sultan Kedah  (BKM)

 🔶PENDIDIKAN ANAK-ANAK

  ✅Nurul Husna - UKM
  ✅Munir - KUIN
  ✅Naseem Farhani - UPSI
  ✅Raihan - UKM
  ✅Syazwani - KUIN
  ✅Nur Jalilah - USIM
  ✅Fawwaz - IPG Besut
  ✅Ibtisam - Usahawan
  ✅Rifhani - KUIN
  ✅Bahirah - Masih Belajar Sek Rendah

 #BIODATAUSTAZHASSANBINSAAD #PRU15 #Malaysiamemilih #BalingKedah

 

 

Khamis, 10 November 2022

Biodata Latipah binti Md Yatim



DATO' HJH. LATIPAH BINTI HJ.MD. YATIM.

Bekas Timbalan Pesuruhjaya
SPRM di Kampung Sanusi
Demi akauntabiliti dan urus tadbir negara yang baik lalu kita mencadangkan Dato Latipah iaitu bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta pernah menjadi Bekas Pengarah Badan anti-rasuah itu di Sabah dan Pulau Pinang sebagai calon Pilihanraya ke-15 di Parlimen Sik.
Pertemuan saya dengan beliau banyak menghabiskan masa sambil menyelami sendiri perkembangan terkini hubung kait pengalaman beliau selaku orang penting di dalam SPRM. Maka wajarlah saya terkesima sejenak mendengarnya. Apatah lagi negara sedang di selubungi oleh Kumpulan sakau.
Jika segala urus tadbir yang baik tidak di urus dengan kaedah yang sewajarnya bakal mengundang padah buat masa depan negara. Beliau tidak dapat menyembunyikan rasa kesal beliau tentang perkembangan terkini berhubung isu semasa yang telah berlaku mahu pun yang sedang berlaku. Jelasnya perlu kepada reshuffle (rombakan) secara besar besaran. 


Dato' Hjh. Latipah lahir di Pendang, Kedah. Ibunya Hjh. Sofiah Bte Awang Kecik dan ayahnya Haji Md. Yatim Bin Hj. Saleh. Menurut Dato' Latipah ayahnya berasal dari Pattani, Selatan Thailand dan berhijrah ke Kg Pisang, Kupang, Kedah sejak sebelum merdeka.
Keluarga ini berpindah ke beberapa tempat termasuklah ke Pendang sekitar 1970. Akhirnya keluarga Hj. Md. Yatim menetap di Kuala Pegang, Baling. Di Kuala Pegang ayahnya terlibat dalam bidang perniagaan. Hj. Md. Yatim adalah pengasas dan pengeluar kopi serbuk jenama 'Kopi Songkok' yang sangat terkenal di utara dan pa timur Semenanjung.
Telah berkahwin dan mempunyai 7 orang anak. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Kepujian dari Universiti Malaya.
.
KRONOLOGI PERKHIDMATAN
DAN JAWATAN DISANDANG
02.01.1982: Mula bertugas sebagai Pegawai Tadbir (Ahli Ekonomi).
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).
14.08.1982: Melepaskan Jawatan dengan KEDA kerana menjawat jawatan Pegawai Siasatan dan ditempatkan di Cawangan Tindakan Khas Ibu Pejabat BPR Malaysia.
16.01.1984: Ditukarkan ke Cawangan Pendaftaran Rahsia Ibu Pejabat sebagai Ketua Cawangan.
01.06.1986: Berkhidmat di Bahagian Latihan, Ibu Pejabat sebagai Timbalan Pengarah.
01.08.1990: Timbalan Pengarah BPR Melaka.
01.05. 1995: Ketua Cawangan Korporat, Ibu Pejabat (Dinaikkan pangkat kepada Penolong Pesuruhjaya)
01.01.1999: Ketua Cawangan Pendaftaran Rahsia Bahagian Siasatan Ibu Pejabat.
31.01.2000 Timbalan Pengarah BPR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
01.01.2003: Dinaikkan pangkat kepada Penolong Kanan Pesuruhjaya Il Gred KR52 ditempatkan di Cawangan Penyelidikan, Bahagian Pendidikan Masyarakat Ibu Pejabat.
16.07.2006: Pengarah BPR Sabah (Dinaikkan pangkat ke Penolong Kanan Pesuruhjaya | Gred KR54).
06.10.2008: Pengarah SPRM Pulau Pinang (Dinaikkan pangkat ke Jusa 'C')
01.08.2011: Pengarah SPRM Kuala Lumpur.
01.10.2013: Ketua Pegawai Integriti dan Projek Khas Lembaga Tabung Haji.
2018-2019: Exco Tetap Kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
.
SUMBANGAN
2007- Menghadiri Kursus selama 3 bulan di RIPA, United Kingdom.
2008- Mewakili SPRM di dalam Ethic and Management Forum. 2011- Ketua Deligasi SPRM bagi lawatan kerja ke Vietnam Utara dan Vietnam Selatan. Deligasi bagi Forum Anti Coruption di Bali, Indonesia.
2014- Menghadiri Persidangan di Madinah, Saudi.
.
KURNIAAN
●Ahli Setia Darjah Kinabalu (A.S.D.K), Sabah.
●Darjah Indera Mahkota (D.I.M.P ), Melaka.
●Anak Malaysia Gemilang Serikandi Warga Daerah Baling.
Semoga beliau mendapat mandat serta peluang dan ruang untuk menaburkan bakti buat Negara dan Parlimen Sik. Kita sama-sama doakan.. Semoga Allah permudahkan segala urusan beliau dan kita semua warga negara Malaysia.
Asmirul Anuar Aris
Warga Perihatin Malaysia

 

Khamis, 20 Oktober 2022

Tiga negeri tidak bubar Dun PRU15

 

Ramai yang tertanya negeri yang dikuasai oleh parti PAS tidak bubar Dun kecuali peringkat Parlimen. Ianya terjadi pertanyaan apa motif mungkin mereka takut kalah di PRU15 atau hanya alasan sebab banjir. Rakyat mahu Dun dibubar juga tetapi Menteri Besar masih tidak bubar. Antara negeri yang tidak bubar hanya tiga iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.

 


 

Rabu, 19 Oktober 2022

Hari penentuan PRU15

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan bagi mengadakan hari mengundi untuk menentukan tarikh penting pembubaran parlimen dan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)  pada esok. 




Rabu, 21 September 2022

Baling gangguan minyak sawit

Gempar seluruh daerah Baling sebab penduduk sukar untuk memperolehi bekalan minyak sawit jenis paket. Ramai peniaga merungut bekalan minyak habis tidak dapat menjual kerana stok yang dihantar oleh pembekal terlampau sikit menyebabkan ramai penduduk mendakwa terpaksa menggunakan minyak sawit jenis botol. Kos sara hidup yang membebankan juga menyebabkan penduduk mengalami masalah untuk memasak terutama untuk membuat persiapan kenduri dan peniaga juga terjejas akibat ketiadaan bekalan minya sawit jenis paket.


 

Jumaat, 2 September 2022

Jho Low di Shanghai China

Seorang bernama Jow Low atau dikenali Low Taek Jho yang diburu polis disebabkan menyeleweng duit negara melibatkan 1MDB dilihat berada di Disneyland, Shanghai China. Menurut laporan beliau sudah berada di China semenjak malam Krismas 2019. Namun tiada pengesahan dibuat berikutan ianya mirip wajah penyeleweng yang dikehendaki polis.

Khamis, 1 September 2022

Keputusan Rosmah bersalah

Setelah hampir empat tahun Datin Seri Rosmah Mansor didakwa pada 1 September 2022 untuk mendapatkan keputusan bersalah atau sebaliknya. Ianya melibatkan pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid 369 sekolah di Sarawak. Kes tersebut akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

Isnin, 29 Ogos 2022

Pelik LGM tiada di Baling

Menurut data Lembaga Getah Malaysia (LGM) didapati daerah Baling mempunyai penoreh getah yang pertama paling ramai dalam negeri Kedah melebihi Sungai Petani, tetapi cawangan tidak dibina di Baling malah hanya diberi kaunter bergerak.

Sepatutnya cawangan LGM dibina di Baling bukan Sungai Petani. Apalah nasib rakyat di daerah Baling sebab Malaysia punya menteri getah kurang prihatin nasib rakyat.

Penoreh getah di Baling terlampau sukar untuk berurusan dengan kaunter bergerak sebab kadang-kadang tutup tidak menentu, dan proses buat kad penoreh getah mengambil masa terlampau lama berpunca kerajaan hanya menyediakan kaunter bergerak. Sewajarnya Yang Berhormat Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin yang merupakan Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi membina cawangan pejabat LGM di Baling.

Kalau kerajaan nak bantu rakyat maka berilah dengan ikhlas tanpa menyusahkan rakyat terpaksa tunggu lama proses kad penoreh getah di kaunter bergerak kadang-kadang tutup, sehingga menyebabkan penoreh getah gagal untuk terima bantuan.
 




Ahad, 14 Ogos 2022

Kupang kemalangan hadapan TM

Sekitar pada pukul 5.10 petang 13 ogos 2022 berlaku kes kemalangan jalan raya hadapan pejabat Telekom (TM) di Kampung Landak, Kupang, Baling, Kedah. Ianya melibatkan sebuah kereta dan sebuah motosikal. Informasi diterima daripada klinik dan polis berdekatan. Kemalangan menyebabkan kenderaan mengalami rosak dihantar ke bengkel dan mangsa dirawat di pejabat kesihatan.


Kemalangan hadapan TM Kupang.

Gunung Inas dibina sabo

 

Menteri Besar Kedah berkata dua empangan sabo akan dibina di kaki Gunung Inas, Baling dengan pecah tanah secepat mungkin untuk mengelak berlaku banjir kilat berulang semula seperti berlaku 4 julai 2022. Pembinaan empangan sabo bertujuan untuk memperlahankan aliran air sungai di kaki Gunung Inas sebelum memasuki kawasan kampung-kampung. Banjir kilat lumpur berlaku 4 julai 2020 meragut 3 nyawa termasuk wanita hamil dan 12 buah kampung terlibat dalam kemusnahan akibat banjir kilat lumpur tersebut.


Rupa bentuk Gunung Inas.

Sabtu, 13 Ogos 2022

Ke mana JPJ hilang

 

Lebuhraya Baling dikenali lebuhraya timur-barat kurang terkenal tetapi banyak kenderaan digunakan untuk merentas negeri dari Kelantan, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan lain-lain. Namun bunyi ekzos kenderaan yang melalui di kampung-kampung dalam kawasan mukim Kupang di lebuhraya itu, menyebabkan penduduk mengalami sukar dan masalah untuk tidur akibat ekzos lori yang terlampau bising. Jadi di mana dan apa penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang buat. Masalah orang ramai di daerah Baling dengan masalah bunyi ekzos lori-lori yang bising seolah-olah ramai pihak makan gaji buta.

 

 

Gambar contoh lori