Isnin, 16 Februari 2004

Insurans dan takaful haram

Hukum jual insurans dan takaful ialah haram sebab ianya sama seperti judi. Pengguna membayar sama ada untuk insurans/ takaful tetapi wang tersebut tidak dipulangkan kepada pengguna jika kenderaan yang digunakan sudah rosak tersadai maka sudah tentu ianya merugikan pengguna. Perniagaan jenis insurans dan takaful adalah haram kerana merugikan pengguna apatah wang yang dibayar tidak dipulang semula kepada pengguna apabila kenderaan sudah rosak tersadai. Sewajarnya syarat insurans dan takaful hendaklah dimansuhkan.